Pada minggu yang lepas, saya telah menyertai persidangan Bahasa Malaysia 2013. Dalam mesej kelima persidangan itu, dikbang telah berkongsi buku tersebut. Perkongsian daripada dikbang adalah begitu menarik dan membekali ku. Oleh sebab itu, saya terus berlari ke pameran buku untuk mendapatkan buku tersebut. Akan tetapi, terdapat terdapat seorang dikbang yang berlari lebih cepat daripada saya, dia telah membeli semua stok yang ada. Puji Tuan, saya telah mendapat senaskah buku tersebut pada hari kedua persidangan itu.
Adakah kamu ingin mendapatkan senaskah buku tersebut? Caranya mudah sahaja, tekan Gospel Book Room. Kamu dapat membeli secara online.
" Kamu akan menjadi kingdom hentar, dan bangsa yang kudus bagi-Ku" (Kel. 19:6)
Dalam Bible, terdapat satu ministri yang digelar ministri kehentaran. Apakah ministri kehentaran itu? Siapakah hentar hari ini? Buku ini amat bagus untuk memberitahu tentang ministri kehentaran dalam Bible, bermula dari buku Kejadian hingga waktu selepas kenaikan Tuan ke Syurga, dalam zaman gereja, dalam kingdom Milenium, di langit baru dan bumi baru. Hallelujah!!
Ministri ini terdiri daripada sekumpulan orang yang diasingkan sepenuhnya daripada dunia secara khusus untuk melayani Tuhan. Mereka tidak ada kerja atau tugas lain selain melayani Tuhan. Golongan sedemikian digelar sebagai hentar dalam Bible.~~ m.s. 1
Akan tetapi, sesuatu yang menakutkan ialah konsep manusia!!
Manusia sentiasa cuba mencipta tuhannya sendiri dan menyembah menurut cara sendiri.~~ m.s. 4
Hasrat asal Tuhan ialah semua umat-Nya menjadi hentar. Tuhan memang tidak berhasrat untuk mengasingkan umat-Nya daripada hentar-Nya. Dia mahu seluruh kingdom menjadi satu kingom hentar. Umat Tuhan dan hentar Tuhan seharusnya satu. Sesiapa sahaja yang merupakan umat Tuhan, seharusnya menjadi hentar Tuhan. Menjadi umat bermaksud menjadi hentar. Semua umat-Nya sepatutnya menjadi hentar-Nya.~~ m.s. 6
Harap sesiapa yang membaca buku tersebut, boleh berkongsi bersama-sama di sini. Puji Tuan!

No comments:
Post a Comment