Puji Tuan, kali ini ialah kali kedua saya menyertai persidangan Bahasa Melayu. Saya masih ingat
kali pertama saya menyertai persidangan pada tahun 2008. >.< Saya telah melepaskan 5 kali peluang untuk menyertai persidangan ini. Hal ini merupakan satu kerugian bagi saya. Maka, saya berharap menerima sesuatu daripada Tuan untuk gereja-Nya pada kali ini.
Saya bergembira untuk berkongsi bekalan hayat yang saya dapat peroleh dalam persidangan itu.
Subjek Am : Gereja
Mesej 1 : Tujuan Abadi Tuhan
Mesej 2 : Tapak Gereja
Mesej 3 : Isi kandungan Gereja
Mesej 4 : Perpaduan Gereja
Mesej 5 : Pelayaan Gereja
Mesej 6 : Manusia Korporat Penuh Dewasa Menggenapi Tujuan Tuhan menerusi Pengalaman Hayat dalam Peringkat Keempat
Mesej 2 : Tapak Gereja
Mesej 3 : Isi kandungan Gereja
Mesej 4 : Perpaduan Gereja
Mesej 5 : Pelayaan Gereja
Mesej 6 : Manusia Korporat Penuh Dewasa Menggenapi Tujuan Tuhan menerusi Pengalaman Hayat dalam Peringkat Keempat
Sebenarnya, semasa saya mengambil kertas garis kasar persidangan itu, saya tidak ada apa-apa perasaan terhadap tajuk itu. Dikbang berkongsi pada mulanya, memberitahu kita , " Sangkaan kita tahu gereja akan menutupi kita, sebenarnya kita tidak tahu gereja. Aku diingati untuk berdoa secara tulus " Tuan, aku mengosongkan seluruh diri untukmu. " Sikap kita sepatutnya simple.
Apakah itu gereja ? Adakah gereja pada hari ini memuaskan hati Tuhan ?
Kali ini, dikbang memperkaitkan tentang pemulihan Tuan dengan gereja.
Pemulihan Tuan
- Memulihkan Kristus sebagai segala
- Memulihkan kesatuan tubuh Kristus
- Memulihkan fungsi tubuh Kristus
Gereja memiliki
- Autoriti Roh Kudus
- tapak lokaliti
- Isi kandungan
Gereja memerlukan elemen pertama, autoriti Roh Kudus. Hanya Roh boleh menyatukan kita. Kalau kita melatih roh , kita boleh menjadi satu. Puji Tuhan, hari ini Kristus ialah roh yang memberi hayat. - Kita perlu memulihkan Kristus sebagai segala.
Elemen kedua ialah sempadan lokaliti , hal ini kerana gereja berada di bumi. Bible menunjukkan satu perkara kepada kita : Gereja sama sekali milik sesuatu lokaliti, seperti gereja di Yerusalem (Kis. 8:1), gereja di Korintus (1 Kor. 1:2), gereja di Antiokhia (Kis. 13:1) dan gereja di Efesus (Wahi 1:2). Tidak mempunyai tapak bermaksud berpecah-belah, yakni sesuatu yang dikutuk Tuhan. - Kita perlu mengenali tapak Kristus, barulah dapat memulihkan kesatuan Tubuh Kristus.
Elemen ketiga ialah isi kandungan gereja. Satu daripada aspek-aspek untuk bagi isi kandungan gereja adalah setiap orang melayan. Setiap orang dalam gereja, tidak kira dikbang atau dikkak , diberi peluang untuk melayan. - Kita diberi peluang melayan, untuk berfungsi sebagai Tubuh Kristus.
Puji Tuan! Pemulihan Tuan bukanlah satu slogan, tetapi pemulihan ini adalah untuk menggenapi tujuan Tuhan, iaitu untuk mendapat gereja, satu manusia korporat untuk mengekspresikan-Nya, dan mewakili-Nya untuk menanggulangi musuh-Nya.
Marilah kita mempersembahkan diri untuk-Nya dengan melatih roh kita untuk menyentuh-Nya dan menikmati sabda-Nya, supaya gereja yang mulia dapat muncul untuk menggenapi tujuan Tuhan. Haleluya!

