Pages

Wednesday, December 25, 2013

Persidangan Bahasa Malaysia 2013

 


Puji Tuan, kali ini ialah kali kedua saya menyertai persidangan Bahasa Melayu. Saya masih ingat 
kali pertama saya menyertai persidangan pada tahun 2008. >.<  Saya telah melepaskan 5 kali peluang untuk menyertai persidangan ini. Hal ini merupakan satu kerugian bagi saya. Maka, saya berharap menerima sesuatu daripada Tuan untuk gereja-Nya pada kali ini.

Saya bergembira untuk berkongsi bekalan hayat yang saya dapat peroleh dalam persidangan itu.

 Subjek Am :  Gereja

Mesej 1 : Tujuan Abadi Tuhan
Mesej 2 : Tapak Gereja
Mesej 3 : Isi kandungan Gereja
Mesej 4 : Perpaduan Gereja
Mesej 5 : Pelayaan Gereja 
Mesej 6 : Manusia Korporat Penuh Dewasa Menggenapi Tujuan Tuhan menerusi Pengalaman Hayat dalam Peringkat Keempat



Sebenarnya, semasa saya mengambil kertas garis kasar persidangan itu, saya tidak ada apa-apa perasaan terhadap tajuk itu. Dikbang berkongsi pada mulanya, memberitahu kita , " Sangkaan kita tahu gereja akan menutupi kita, sebenarnya kita tidak tahu gereja. Aku diingati untuk berdoa secara tulus " Tuan, aku mengosongkan seluruh diri untukmu. " Sikap kita sepatutnya simple. 

Apakah itu gereja ? Adakah gereja pada hari ini memuaskan hati Tuhan ?


Kali ini, dikbang memperkaitkan tentang pemulihan Tuan dengan gereja.
Pemulihan Tuan
  • Memulihkan Kristus sebagai segala
  • Memulihkan kesatuan tubuh Kristus
  • Memulihkan fungsi tubuh Kristus 

Gereja memiliki
  • Autoriti Roh Kudus
  • tapak lokaliti
  • Isi kandungan

Gereja memerlukan elemen pertama, autoriti Roh Kudus. Hanya Roh boleh menyatukan kita. Kalau kita melatih roh , kita boleh menjadi satu. Puji Tuhan, hari ini Kristus ialah roh yang memberi hayat. - Kita perlu memulihkan Kristus sebagai segala.

Elemen kedua ialah sempadan lokaliti , hal ini kerana gereja berada di bumi. Bible menunjukkan satu perkara kepada kita : Gereja sama sekali milik sesuatu lokaliti, seperti gereja di Yerusalem (Kis. 8:1), gereja di Korintus (1 Kor. 1:2), gereja di Antiokhia (Kis. 13:1) dan gereja di Efesus (Wahi 1:2). Tidak mempunyai tapak bermaksud berpecah-belah, yakni sesuatu yang dikutuk Tuhan. - Kita perlu mengenali tapak Kristus, barulah dapat memulihkan kesatuan Tubuh Kristus.

Elemen ketiga ialah isi kandungan gereja. Satu daripada aspek-aspek untuk bagi isi kandungan gereja adalah  setiap orang melayan. Setiap orang dalam gereja, tidak kira dikbang atau dikkak , diberi peluang untuk melayan. - Kita diberi peluang melayan, untuk berfungsi sebagai Tubuh Kristus.


Puji Tuan! Pemulihan Tuan bukanlah satu slogan, tetapi pemulihan ini adalah untuk menggenapi tujuan Tuhan, iaitu untuk mendapat gereja, satu manusia korporat untuk mengekspresikan-Nya, dan mewakili-Nya untuk menanggulangi musuh-Nya.

Marilah kita mempersembahkan diri untuk-Nya dengan melatih roh kita untuk menyentuh-Nya dan menikmati sabda-Nya, supaya gereja yang mulia dapat muncul untuk menggenapi tujuan Tuhan. Haleluya!




Sabda Untuk Percayawan Baru ~~ Kehentaran


Pada minggu yang lepas, saya telah menyertai persidangan Bahasa Malaysia 2013. Dalam mesej kelima persidangan itu, dikbang telah berkongsi buku tersebut. Perkongsian daripada dikbang adalah begitu menarik dan membekali ku. Oleh sebab itu, saya terus berlari ke pameran buku untuk mendapatkan buku tersebut. Akan tetapi, terdapat terdapat seorang dikbang yang berlari lebih cepat daripada saya, dia telah membeli semua stok yang ada. Puji Tuan, saya telah mendapat senaskah buku tersebut pada hari kedua persidangan itu.

Adakah kamu ingin mendapatkan senaskah buku tersebut?  Caranya mudah sahaja, tekan Gospel Book Room. Kamu dapat membeli secara online.

" Kamu akan menjadi kingdom hentar, dan bangsa yang kudus bagi-Ku" (Kel. 19:6)

Dalam Bible, terdapat satu ministri yang digelar ministri kehentaran. Apakah ministri kehentaran itu? Siapakah hentar hari ini? Buku ini amat bagus untuk memberitahu tentang ministri kehentaran dalam Bible, bermula dari buku Kejadian hingga waktu selepas kenaikan Tuan ke Syurga, dalam zaman gereja, dalam kingdom Milenium, di langit baru dan bumi baru. Hallelujah!! 


Ministri ini terdiri daripada sekumpulan orang yang diasingkan sepenuhnya daripada dunia secara khusus untuk melayani Tuhan. Mereka tidak ada kerja atau tugas lain selain melayani Tuhan. Golongan sedemikian digelar sebagai hentar dalam Bible.~~ m.s. 1

Akan tetapi, sesuatu yang menakutkan ialah konsep manusia!!

Manusia sentiasa cuba mencipta tuhannya sendiri dan menyembah menurut cara sendiri.~~ m.s. 4

Hasrat asal Tuhan ialah semua umat-Nya menjadi hentar. Tuhan memang tidak berhasrat untuk mengasingkan umat-Nya daripada hentar-Nya. Dia mahu seluruh kingdom menjadi satu kingom hentar. Umat Tuhan dan hentar Tuhan seharusnya satu. Sesiapa sahaja yang merupakan umat Tuhan, seharusnya menjadi hentar Tuhan. Menjadi umat bermaksud menjadi hentar. Semua umat-Nya sepatutnya menjadi hentar-Nya.~~ m.s. 6   



Harap sesiapa yang membaca buku tersebut, boleh berkongsi bersama-sama di sini. Puji Tuan!




Saturday, December 21, 2013

Doa yang paling mudah

Oh Tuan Yesus, aku cinta padamu.

(Kamu maksud apa yang kamu cakap.^^)